KERJAYA.AKU

Aku menghadapi pelbagai dugaan kerja dan pengalaman yang aku dapat cukup memberi aku makna dalam hidup ini. Kerjaya aku masa lalu membakar semangat aku untuk terus menyusuri hiruk piruk dunia yang aku pilih iaitu GRAFIK dan MULTIMEDIA.

Mulanya kerjaya ku adalah disebuah syarikat terkenal dengan pusat kemahiran latihan berkomputer MACROMEDIA di Setiawangsa yang mana pada masa itu MACROMEDIA AUTHOWARE menjadi kegilaan ramai. Disini la aku terdedah dengan dunia latihan. Aku melihat pelbagai perkara yang boleh dilakukan dengan hanya BERCAKAP. Aku menjadi kagum dan dari situ aku cuba untuk mempelajari teknik pengajaran yang betul. Tidak sempat aku habis cilok teknik bos aku, aku bertukar kerja pula. Kali ini aku terdedah betul-betul dengan dunia pengajaran. Aku menjadi seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di Bangi dalam bidang GRAFIK. Hayat aku disini tidak lama sebab aku tension tgk budak-budak belajar dengan tiada kesungguhan. Aku gerakkan kaki aku ke sebuah syarikat Singapore di Jalan Ampang. Challenging di sini memang lain macam. Aku jadi bz dan gile dengan DTP. Dunia yang aku belajar kini telah direalisasikan. Syok dengan DTP ni tetapi presure memang tahap tinggi. Lama aku di syarikat ini kerana aku enjoy walaupun bos besar aku macam hampeh.

1 tahun aku disitu aku pun angkat kaki lagi. Kali ini aku buat freelance. Freelance yang aku buat adalah mengajar software FLASH dan PHOTOSHOP. IMRAN mula mengenalkan aku pada dunia ini yang mana hingga kini menjadi makanan aku untuk hidup. Aku menjadi salah seorang instruktor SIFOO.com. Banyak bengkel yang aku follow dan aku ajar. Best dengan kerjaya ini tetapi aku ditakdirkan pula berkerja di sebuah Universiti di Cyberjaya. Freelance aku tetap aku teruskan kerana aku sudah gian dengannya. Di Cyberjaya aku belajar pula tentang media baru yang mana ketika itu sedang HOT dengan E-Learning. Aku banyak terdedah dengan teknik Flash yang sebelum ini aku tak tahu. Sekejap sahaja aku disana sebab bos aku tarik masuk companynya. Kali ini aku berhijrah pula ke Subang Jaya. Di Subang ini aku pelajari banyak erti kawan, sahabat dan kerjaya. Aku betul-betul menghargai kawan aku ADY yang telah memberi pendedahan kepada aku apa itu PHP. Memang aku gile pada open source pulak tapi tidak la sampai ke tahap membuat programming kerana aku tidak dilahirkan untuk memogram tetapi melihat program.

Di Subang aku bertukar kerja 2 kali. Hampir 5 tahun aku berkerjaya di Subang. Company terakhir aku kerja adalah sebuah company BUMIPETERA yang hebat dalam bidang COURSEWARE. Aku cukup kagum dengan perkerjanya kerana banyak benda yang aku belajar dari mereka. Disini juga aku upgrade diri aku dari FLASH tahap 2.5 menjadi tahap 5.5. Aku beruntung kerana aku mempelajari banyak teknik, skill development dan pelbagai disiplin ilmu dalam grafik di sini. Mulanya di company inilah aku menjadi yakin dan terus mengorak langkah dengan menjalankan freelance aku yakni mengajar FLASH dengan lebih kerap di institut awam mahupun swasta.

Akhirnya hayat aku di Subang sampai ke penghujungnya. Aku berkelana ke SHAH ALAM dengan beraninya membuka syarikat sendiri ART CHANNEL. Bersubahat dengan ISSEY menubuhkan ART CHANNEL untuk menjadikan sebuah legasi media dan grafik moden masa kini. Sudah 3 tahun aku menjalankan urus tadbir company aku ini dan pelbagai dugaan dan cabaran yang aku dan issey hadapi. Semua itu ujian ALLAH dan Insya ALLAH aku akan terus bergerak demi mencarik sesuap nasi untuk keluarga aku. Kini semua yang aku lalui memberikan aku keyakinan dalam kerjaya. Turun naik seseorang itu adalah bergantung kepada kekuatan dan penyerahannya kepada ALLAH juga. Selain kita berusaha kita juga harus menyerahkan kepada ALLAH keran DIA yang menggerakkan kita kemana tujuan yang kita tidak pernah rancang.

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.