Mulanya pelajaran aku adalah disebuah sekolah di daerah REMBAU yang diberi nama SEK. KEB. PEDAS. disini didikan yang aku dapat amatlah mengujakan aku. dari darjah satu hingga 6 aku menelaah pelajaran, mempelbagaikan ilmu sukan dan mempelajari gerak geri seorang pelajar akhirnya aku di tamatkan dengan UPSR yang mana ianya cukup bagi aku untuk ke tingkatan 1 pula.
SEK. MEN. DATO’ SEDIA RAJA merupakan persinggahan aku utk tingkatan 1 hingga 3. disini aku kenal erti kawan dan lawan. aku antara orang yang popular bukan kerana kepandaianku tapi kerana kenakalan ku yang gile. erti kehidupan aku selami disini membuatkan aku lebih berani dan cenderung kepada satu persepsi terbuka dan matang. aku ditolak pula ke seremban setelah aku mencapai keputusan yang boleh aku kira bagus dalam PMR. satu keputusan yang aku pun tak sangka kerana aku boleh dikategorikan antara budak yang tak akan berjaya oleh guruku.
SEK. MEN. VOKASIONAL AMPANGAN menjadi medan pejuangan aku pula. aliran elektronik menggamit aku untuk diceburi atas dasar minat aku pada TV dan RADIO ketika itu. disini aku belajar banyak benda tentang dunia elektronik dan aku menjadi mahir dan semakin hebat macam MC GYVER (ahahahahaha). 2 tahun di VOKAY aku cukup mengerti tuntutan ilmu dan disini keperluan masa hadapan aku mula dibina demi satu kewajipan pada ibu bapa aku. SPMV menjadi satu penamat aku dialam persekolahan. 1 keputusan yang aku sendiri tak jangka kerana aku tak pernah langsung baca buku untuk ulang kaji pelajaran aku. aku lebih suke ponteng sekolah dan main game dengan kawan tuisyen aku. tapi ALLAH MAHA BIJAKSANA. DIA menjadikan aku antara pelajar yang cemerlang dan dengan izinNYA jua aku bergerak menuju ke POLIMAS.
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUAD’ZAM SHAH merupakan pembukaan aku kepada dunia IPTA. aku di POLIMAS adalah hasil tajaan CELCOM yang ketika itu cukup terkenal sebagai sebuah gergasi telekomunikasi di malaysia. SIJIL ELEKTRONIK TELEKOMUNIKASI mendedahkan aku kepada kepelbagaian dalam bidang telekomunikasi dan antara percaya atau tidak ketika itu sekitar tahun 1997-98 aku sudah belajar tentang apa itu 3G dan antennanya. PELIK kan? 2008 baru 3G famous…..di POLIMAS ini juga erti kehidupan dan pelajaran mula aku fahami. satu prinsip kehidupan yang mudah aku dapat iaitu REDHA dengan ketentuan ALLAH lebih mulia dari REDHA dengan MAKHLUK. aku di POLIMAS selama 1 setengah tahun untuk melengkapi silibus permintaan CELCOM. kemudian aku tamat selaku graduan CELCOM-POLIMAS sekitar tahun 1998 (ZAMAN REFORMASI). nasib aku baik kerana CELCOM melepaskan aku dan kawan-kawan aku yang lain dari belenggu tajaan mereka kerana ekonomi yang amat gawat. perjuangan pelajaran aku diteruskan kembali ke PJB.
POLITEKNIK JOHOR BAHARU menggamit dan merubah aku dari seorang otak telekomunikasi kepada seorang otak kreatif. aku mencuba bidang REKABENTUK GRAFIK untuk tujuan diploma aku. 3 tahun aku disana. ragam, idea, cubaan, dugaan, fitnah dan pelbagai lagi jenis kehidupan manusia aku lalui. ianya menjadi sejarah hidup aku hingga akhir hayat. pengiklanan merupakan bidang pengkhususan aku dan aku berjaya menamatkan pengajian DIPLOMA aku di sana dengan satu kepuasan yang amat aku cari sebelum ini. aku terus mencari kepuasan lagi dengan mengorak langkah lagi ke UPM untuk BACHELOR aku pula.
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA merupakan tempat aku mengaji bidang komunikasi. walaupun secara sambilan (kerja + belajar) aku cukup merasa perit kerana pembahagian masa yang tidak betul akan melemaskan aku dalam ruang pengajian yang aku ceburi. ALLHAMDULILLAH 3 tahun merupakan ujian ALLAH yang aku REDHA untuk ku tempuhi. pergaulan dengan pelbagai lapisan umur dan masyarakat membuatkan aku lebih matang dan berazam dalam mencapai peringkat tertinggi AKADEMIK. aku teruskan usaha pula ke peringkat MASTER di UiTM.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA tempat peperangan aku dengan akademik seterusnya. disini aku mengarahkan diri aku ke jurusan new media dan visual communication untuk mencapai tahap MASTER / SARJANA. peperangan ini belum tamat dan aku sekarang dalam proses menamatkannya kerana aku masih ada 1 semester lagi tahun ini. INSYA ALLAH aku akan mencuba dan terus mencuba.