Assalammualaikum dan salam sejahtera…
da lama gak aku tak post apa-apa kat sini. bukan apa aku sibuk dengan beberapa siri bengkel yang telah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab dan oleh company aku sendiri. so ni aku citekan sikit pasal training aku di INSTUN.
INSTUN ni adalah sebuah pusat latihan bagi kementerian sumber asli. asalnya dulu adalah untuk pusat latihan bahagian tanah sahaja tetapi sekali sekali ada la jugak training IT. aku di INSTUN ni da almost 7 tahun. lebih 15 bengkel aku kendalikan di INSTUN ni. Disini aku diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek FLASH dan PHOTOSHOP. awal oktober lalu aku kesana untuk tujuan ngajar FLASH for MONTAGE. benda ni da lama aku ajar disana. peserta pulak antara kakitangan kerajaan yang berdedikasi. tahun ni kali kedua aku sampai dimana awal tahun ari tu aku da ajar PHOTO EDITING. so kali ni FLASH for MONTAGE. subjek kali cukup simple kerana aku memang minat MONTAGE so apa lagi aku pulun kasi idea kat peserta yang masuk kali ini.
untuk pengetahuan semua nak belajar FLASH ni bukannya mudah. secara umumnya aku cuma ajar basic sahaja pada kebanyakkan peserta kursus atau bengkel yang aku kendalikan. sebab nya? sebabnya bagi aku kebanyakkan peserta yang datang bukan dari background art or IT. ada juga antara mereka yang cuma datang untuk sebagai mencari ilmu dan pengetahuan yang baru kerana bagi aku apabila selesai kursus ini mereka tidak akan guna kembali FLASH ini. so untuk aku push kepada advanced memang susah sebab FLASH memerlukan ketekunan dan disiplin dalam membuatnya. aku sendiri da 10 tahun buat FLASH ni tapi still tak puas ati sebab apa? sebab banyak lagi yang aku tak explore. nak explore lebih sikit jek, da keluar version baru. mana tak kantoi aku nak kejar sana sini.
ok, berbaik pada kursus ini, aku cukup suka sebab bagi aku secara personally, lagi banyak kita ajar orang lagi banyak kita dapat ilmu yang lain dari orang yang kita ajar. kali ini aku ajar dalam 20 orang peserta yang kebanyakkan dari latarbelakang IT. seronok jumpa mereka. seronok tengak mereka berkerut dahi dalam membuat montage. tapi mereka tekun dan tak putus asa. aku seronok sangat. jadi bagi aku, yang penting mereka faham konsep dan tau cara nak gunakan flash. sebab bagi aku yang membezakan kita adalah idea dan kreativiti. sebab itu anugerah dari ALLAH swt. jika tahu basic, insya ALLAH kalau tekun dalam belajar boleh jadi teror.
mengimbas kembali mula-mula aku belajar flash dulu memang jauh beza dari sekarang. dulu aku mula dengan flash 3. takde sapa yang aku nak rujuk. aku cuma ruju tutorial simple kat web2 luar. masa tu internet kat malaysia kan kureng sikit so kena la bersabar. aku tengok sana sini org da mula guna flash. kat malaysia masa tu baru lagi. tak ramai yang alert sangat. aku ingat ada beberapa kerat je budak flash yang aku masih ingat seperti ijansempoi, borzack, mysticmind dan beberapa lagi yang akan aku terus mengingati mereka kerana bagi aku mereka perintis flash di malaysia ni. aku cuma ber”email” sahaja dengan mereka dan masa tu flash takde la segempak sekarang. aku try ikut tutorial pada HELP menu dalam flash. aku cuba jua kerana masa tu aku suke pada animation. sewaktu kejadian belajar flash ini aku di POLI JB. dalam poli tu aku dan kawan aku NAT sahaja yang tau guna flash. lec aku masa tu tunjukkan director. director pun aku layan. so aku dan kawan aku si NAT ni kira otai la dalam multimedia sebab kami selalu buat benda ni secara gempak2. dan selepas 10 tahun aku baru tahu bahawa anugerah inilah yang ALLAH bagi aku untuk mencari makan di muka bumi ini. aku pun tak tahu dengan flash ini aku akan jadi instruktor kepada beberapa agensi kerajaan dan swasta. aku akan jadi tempat rujuk beberapa syarikat dan orang perseorangan dalam menghasilkan flash dan paling gembira bagi aku ialah aku dapat menghasilkan buku flash dalam bahasa melayu yang diterbitkan oleh DEWAN BAHASA. itu lah anugerah ALLAH. aku memang tak akan sangka aku sampai disini.
jadi bagi aku, sesiapa yang minat dalam flash itu mudah sahaja. tekun dan disiplin tu kena pegang sebab kedua benda itu lah yang menjadikan kita manusia yang paham dengan aturan ALLAH. ada keduanya ini buatlah apa kerja pun semuanya akan bereh insya ALLAH. seperti di INSTUN aku tengok ada beberapa peserta yang boleh pergi jauh dengan flash ini. sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. aku doakan mereka akan terus gunakan flash ini sebab bagi aku flash telah memberi aku banyak kenangan dan pengalaman yang hebat. insya ALLAH aku akan terus menggunakannya dan akan terus menghasilkan beberapa tutorial flash. jika di izinkan oleh ALLAH buku flash kedua aku akan muncul dalam bentuk E-BOOK tidak lama lagi. aku cuba berkolabrasi dengan SIFOO.com kerana di portal inilah aku mula kenal apa itu design & designer.
.…
tnx!!…
.…
tnx!!…
.…
thanks for information….
.…
hello!!…
.…
tnx for info!!…
.…
good info….
.…
good info….
.…
thanks for information….
.…
thanks….
.…
tnx for info!…
.…
tnx for info!!…
.…
thanks for information!!…
.…
tnx….
.…
thank you….
.…
tnx….
.…
thank you!…
.…
good info!…
.…
good info….
.…
tnx….
.…
thank you!…
.…
thanks!…
.…
thank you!!…
.…
tnx for info….
.…
good….
.…
good….
.…
tnx!…
.…
thanks for information!…
.…
good info!!…
.…
good….
.…
hello!!…
.…
thank you!!…
.…
thank you!…